Tuesday, July 9, 2013

in-laws


walaupun tidak seakrab
tetap kekal beradab
kenal sudah lama
yang pertama - sejak hampir dua dekad lamanya
masing-masing cuba menyelam
menerang yang kelam
keramaian - suka, duka
takkan berkira menunjuk muka

mustahil untuk kenal semua anggota keluarga
pergi seorang, gantinya berganda
yang penting hafal rupa
nama boleh ditanya
senyum senjata utama
memecah ais bicara
nanti akan jua mesra bertegur-sapa
walaupun bukan keluarga

ipar-ipar ku mencuba
memuatkan diri bagai kepingan jigsaw istimewa
22, 17,8
Sukman, Mair Nasser dan Arbaitiqa
masjid didirikan saat tiba seru dariNya
ibu bapa terpelajar, tajam indera
telah meniti nikmat perkahwinan sempurna
dari akhir 40an hinggalah yang sudah "senja"

mereka juga punya drama tersendiri
daerah yang takkan ku jelajahi di sini
keluarga mereka kecil
latar agama tidak jahil
Said, Zainal Abidin dan Hamzah
Allahyarhamah Fatimah, Sharifah Siti Habsah dan Susannah
3:3:4 - angka terlahir zuriat
erat jalinan kesemuanya bak anyam kelongsong ketupat
cucu-cucu dikongsi bersama
tiada perebutan kuasa

bagi ku ini tidaklah peribadi
sekadar mukadimah mengenali diri
aib dan rahsia kekal terkunci
bukan pameran khalayak di sini
duga sememangnya datang dan pergi
hampir kesemuanya cemerlang ditempuhi
ternyata ipar-ipar ku kuat
melayar bahtera tak kira tempat

setiapnya punya titik tepat
berjasa tanpa terikat
walau disoal panjang-lebar
ipar tetap ipar
orang luar di pertengahan
bulkan kiri bukan kanan
walau terkadang ku terasa hati
tapi it's okay, yang penting adik-beradik ku menyayangi

tak boleh lah macam tu

bila datang menziarah
putih bertukar merah
tak bolehlah macam tu
walaupun bukan selalu
bila dibalas, kau tutup pintu
sebolehnya tidak mahu
hanya kau yang berhak
sebab aku tak sajak

bila datang menziarah
niatnya memang mahu mencurah
siapa mengajar membasahkan halaman
lagkan hujan menghantar amaran
hanya dirinya yang berwarna
mampus, tak mahu dipinda
aku mahu menutup pintu
tiada perlunya lagi di situ

bila datang menziarah
ingatlah kita sama - tanah
diberi - menyalahguna
yang dibalas sememangnya tiada
kau senang - aku suka
kau susah - aku pun terasa
bukalah akal kurniaan
 jangan berkulat dalam bungkusan



Thursday, July 4, 2013

kepulangan




bila punya kuasa mutlak
tegas dititah, tak daya menolak
ketetapan takkan berganjak
tak memihak selagi tak berhak

permaidani

saat dibuka balutan
naik aroma kegugupan
entah panjang mana hayat dikisah
dibelai, dipijak, dipelihara, disepah
erat ditenun lasak mengharung
ditimpa perabot, melapik punggung
nilai setimpal harta dilabur
dari muka pintu hingga ke dapur

saat terpalit noda
rasa sungguh berdosa
ambang gagal terasa dekat
niat taubat menjadi debat
suci itu hanya dikecap
bila datang gelap
tiada yang sempurna
andai takut mencuba

saat warnanya menyerlah
jejak di atas - ditegah
jadi bual pengukur citarasa
takkan terkejar ukur lilit dunia
rela bergadai sanggup dibida
merentas tamadun ketololan manusia
walaupun dihargai
mewah dihampar tetap sunyi

saat serinya luntur
nasibnya dicatur
tolak ke tepi
atau disambung khidmatnya lagi
bila punya tuan
merdeka terus kelam
akhirnya mengenang kegemilangan
bukannya hikmah dirancang merehatkan

saat ajalnya dekat
zaman mudanya berkata jahat
sesal dikenang ke akhirat
carpe diem disangka khurafat
tak siapa layak memuji pencapaian
tak siapa berhak menempelak kekalahan
janji jadi diri sendiri
 arif manfaat bukan liabiliti


lama tak menulis


FB, kerja, intuisi
tambah lagi diktator bernama insekuriti
hasilnya aku jadi malas
dan teringat cerita yang lepas
karat terserlah
tangkas jadi perlahan - masalah
mengkritik untuk dikritik balik
sudahnya mencebik

bila efek usia mengjenguk
berahi jadi sejuk
negatif
selalu menyua what if?
mencipta akibat tanpa tindakan
takkan selamanya jiwa berantakan
dalam kagum
hormat merudum

sukakan orang itu lumrah
berbalas? - tak pernah
ya, didorong nafsu
tapi aku tidak bisu
sesekali menatap cermin
mengidam kulit licin
tahan berbulan tak bercukur
the world isn't yours alone - kata ku takbur

guilty as charged


aku suka angka 2
good things do come in pairs - ya?
yang wahd bukan ganjil
yang tunggal bukan mustahil
wujud sesuatu bersebab
afdhal tackle ikut adab

setiap kali bersua
tak tertinggal titipan doa
bukan mengharap jodoh
lelaki dengan lelaki - kau bodoh?
hanya meminta nikmat
kekal bersahabat

sometimes I feel like blaming myself
why leave my boldness on the shelf?
hidup cuma sekali
risiko itu seksi
dihasut insekuriti - kalah mati
walau dilawan berani


my past lovers are all jerks
rules are best bent - whatever works
bertuhankan ego
akal sebesar buntut JLo
gah di dunia
Al-Fatihah pun tak sehafal mana

bukan senang mendapat yang sempurna
jalinan bukan nafsu yang memula
bila berkenan, tiada respons
ditinggal tiada kata ber-eons eons
I'm not as difficult
neither do I depend so much on result


It's always easy to fall in love
but I find it hard to find perfectly fit gloves
guilty as charged! - tempik mereka
hendak menyahut bak tertelan kaca
being single memang tak enak
siapa tahu badai di benak

ada beza sebenarnya


merenung di balik tirai
yang tercerna belum sempurna terurai
masih sama
mengumpul sisa
yang suci mula muak
disentak, masih juga perlahan bergerak
anjal
janggal

ikutlah dia, dengan syarat
menunjuk - kurang berkat
galak mata membentak
keras menekan hak
tuju angin bersambut
walau diam di mulut
sempurna tidak cukup
walau handal mengucup

bila dilambai not-not harum
baru bercambah tak semena ranum
pantai berlagu
rasa memandu
erat andai bersama
tak dipandang saat tiada
dalam hati itu kosong
jangan pandai berbohong


goncang loceng di syurga - mencuba
terang rona cemburu - menyinga
gegas tiada berpenghujung
macamlah tergapai yang paling agung
semuanya ada beza
kekal - bukan sementara
gonggong takkan lepas
junjung janji terbabas

impilah yang tiada
terbit mimpi diputuskan asa
jangan putus asa - jangan
cuma lihat kemanisan
walau wujud lelaki dan perempuan
yang lahir takkan mengabadikan
pati itu belum tulen
walaupun berlesen

bila kunjung ke atas
pandang jangan lepas
semuanya ada beza
bukan neraka bukan syurga
penentu yang abadi
ikhlasnya hakiki
selautan janji dibuat
belum tentu mengesankan taubat