Tuesday, July 2, 2013

beza

tiada wujud kata kalah
makin mahu makin basah
beban memang memberatkan
terus pikul jangan lepaskan
tiada nama tiada harta
bakat mencurah ditutup mata
adil cuma hidup
beza bergantung sanggup
jangan selalu mengasah parang
menetak tidak menyesak ruang
biar mendaki ke langit
asal tidak menawaf bukit
kurnia Tuhan tak pernah disia
yang menolak hanya manusia
sempurna sungguh bukan untuk mu
hingga kau kaku menunggu

No comments:

Post a Comment