Tuesday, July 9, 2013

tak boleh lah macam tu

bila datang menziarah
putih bertukar merah
tak bolehlah macam tu
walaupun bukan selalu
bila dibalas, kau tutup pintu
sebolehnya tidak mahu
hanya kau yang berhak
sebab aku tak sajak

bila datang menziarah
niatnya memang mahu mencurah
siapa mengajar membasahkan halaman
lagkan hujan menghantar amaran
hanya dirinya yang berwarna
mampus, tak mahu dipinda
aku mahu menutup pintu
tiada perlunya lagi di situ

bila datang menziarah
ingatlah kita sama - tanah
diberi - menyalahguna
yang dibalas sememangnya tiada
kau senang - aku suka
kau susah - aku pun terasa
bukalah akal kurniaan
 jangan berkulat dalam bungkusan



No comments:

Post a Comment