Tuesday, July 9, 2013

in-laws


walaupun tidak seakrab
tetap kekal beradab
kenal sudah lama
yang pertama - sejak hampir dua dekad lamanya
masing-masing cuba menyelam
menerang yang kelam
keramaian - suka, duka
takkan berkira menunjuk muka

mustahil untuk kenal semua anggota keluarga
pergi seorang, gantinya berganda
yang penting hafal rupa
nama boleh ditanya
senyum senjata utama
memecah ais bicara
nanti akan jua mesra bertegur-sapa
walaupun bukan keluarga

ipar-ipar ku mencuba
memuatkan diri bagai kepingan jigsaw istimewa
22, 17,8
Sukman, Mair Nasser dan Arbaitiqa
masjid didirikan saat tiba seru dariNya
ibu bapa terpelajar, tajam indera
telah meniti nikmat perkahwinan sempurna
dari akhir 40an hinggalah yang sudah "senja"

mereka juga punya drama tersendiri
daerah yang takkan ku jelajahi di sini
keluarga mereka kecil
latar agama tidak jahil
Said, Zainal Abidin dan Hamzah
Allahyarhamah Fatimah, Sharifah Siti Habsah dan Susannah
3:3:4 - angka terlahir zuriat
erat jalinan kesemuanya bak anyam kelongsong ketupat
cucu-cucu dikongsi bersama
tiada perebutan kuasa

bagi ku ini tidaklah peribadi
sekadar mukadimah mengenali diri
aib dan rahsia kekal terkunci
bukan pameran khalayak di sini
duga sememangnya datang dan pergi
hampir kesemuanya cemerlang ditempuhi
ternyata ipar-ipar ku kuat
melayar bahtera tak kira tempat

setiapnya punya titik tepat
berjasa tanpa terikat
walau disoal panjang-lebar
ipar tetap ipar
orang luar di pertengahan
bulkan kiri bukan kanan
walau terkadang ku terasa hati
tapi it's okay, yang penting adik-beradik ku menyayangi

tak boleh lah macam tu

bila datang menziarah
putih bertukar merah
tak bolehlah macam tu
walaupun bukan selalu
bila dibalas, kau tutup pintu
sebolehnya tidak mahu
hanya kau yang berhak
sebab aku tak sajak

bila datang menziarah
niatnya memang mahu mencurah
siapa mengajar membasahkan halaman
lagkan hujan menghantar amaran
hanya dirinya yang berwarna
mampus, tak mahu dipinda
aku mahu menutup pintu
tiada perlunya lagi di situ

bila datang menziarah
ingatlah kita sama - tanah
diberi - menyalahguna
yang dibalas sememangnya tiada
kau senang - aku suka
kau susah - aku pun terasa
bukalah akal kurniaan
 jangan berkulat dalam bungkusan



Thursday, July 4, 2013

kepulangan




bila punya kuasa mutlak
tegas dititah, tak daya menolak
ketetapan takkan berganjak
tak memihak selagi tak berhak

permaidani

saat dibuka balutan
naik aroma kegugupan
entah panjang mana hayat dikisah
dibelai, dipijak, dipelihara, disepah
erat ditenun lasak mengharung
ditimpa perabot, melapik punggung
nilai setimpal harta dilabur
dari muka pintu hingga ke dapur

saat terpalit noda
rasa sungguh berdosa
ambang gagal terasa dekat
niat taubat menjadi debat
suci itu hanya dikecap
bila datang gelap
tiada yang sempurna
andai takut mencuba

saat warnanya menyerlah
jejak di atas - ditegah
jadi bual pengukur citarasa
takkan terkejar ukur lilit dunia
rela bergadai sanggup dibida
merentas tamadun ketololan manusia
walaupun dihargai
mewah dihampar tetap sunyi

saat serinya luntur
nasibnya dicatur
tolak ke tepi
atau disambung khidmatnya lagi
bila punya tuan
merdeka terus kelam
akhirnya mengenang kegemilangan
bukannya hikmah dirancang merehatkan

saat ajalnya dekat
zaman mudanya berkata jahat
sesal dikenang ke akhirat
carpe diem disangka khurafat
tak siapa layak memuji pencapaian
tak siapa berhak menempelak kekalahan
janji jadi diri sendiri
 arif manfaat bukan liabiliti


lama tak menulis


FB, kerja, intuisi
tambah lagi diktator bernama insekuriti
hasilnya aku jadi malas
dan teringat cerita yang lepas
karat terserlah
tangkas jadi perlahan - masalah
mengkritik untuk dikritik balik
sudahnya mencebik

bila efek usia mengjenguk
berahi jadi sejuk
negatif
selalu menyua what if?
mencipta akibat tanpa tindakan
takkan selamanya jiwa berantakan
dalam kagum
hormat merudum

sukakan orang itu lumrah
berbalas? - tak pernah
ya, didorong nafsu
tapi aku tidak bisu
sesekali menatap cermin
mengidam kulit licin
tahan berbulan tak bercukur
the world isn't yours alone - kata ku takbur

guilty as charged


aku suka angka 2
good things do come in pairs - ya?
yang wahd bukan ganjil
yang tunggal bukan mustahil
wujud sesuatu bersebab
afdhal tackle ikut adab

setiap kali bersua
tak tertinggal titipan doa
bukan mengharap jodoh
lelaki dengan lelaki - kau bodoh?
hanya meminta nikmat
kekal bersahabat

sometimes I feel like blaming myself
why leave my boldness on the shelf?
hidup cuma sekali
risiko itu seksi
dihasut insekuriti - kalah mati
walau dilawan berani


my past lovers are all jerks
rules are best bent - whatever works
bertuhankan ego
akal sebesar buntut JLo
gah di dunia
Al-Fatihah pun tak sehafal mana

bukan senang mendapat yang sempurna
jalinan bukan nafsu yang memula
bila berkenan, tiada respons
ditinggal tiada kata ber-eons eons
I'm not as difficult
neither do I depend so much on result


It's always easy to fall in love
but I find it hard to find perfectly fit gloves
guilty as charged! - tempik mereka
hendak menyahut bak tertelan kaca
being single memang tak enak
siapa tahu badai di benak

ada beza sebenarnya


merenung di balik tirai
yang tercerna belum sempurna terurai
masih sama
mengumpul sisa
yang suci mula muak
disentak, masih juga perlahan bergerak
anjal
janggal

ikutlah dia, dengan syarat
menunjuk - kurang berkat
galak mata membentak
keras menekan hak
tuju angin bersambut
walau diam di mulut
sempurna tidak cukup
walau handal mengucup

bila dilambai not-not harum
baru bercambah tak semena ranum
pantai berlagu
rasa memandu
erat andai bersama
tak dipandang saat tiada
dalam hati itu kosong
jangan pandai berbohong


goncang loceng di syurga - mencuba
terang rona cemburu - menyinga
gegas tiada berpenghujung
macamlah tergapai yang paling agung
semuanya ada beza
kekal - bukan sementara
gonggong takkan lepas
junjung janji terbabas

impilah yang tiada
terbit mimpi diputuskan asa
jangan putus asa - jangan
cuma lihat kemanisan
walau wujud lelaki dan perempuan
yang lahir takkan mengabadikan
pati itu belum tulen
walaupun berlesen

bila kunjung ke atas
pandang jangan lepas
semuanya ada beza
bukan neraka bukan syurga
penentu yang abadi
ikhlasnya hakiki
selautan janji dibuat
belum tentu mengesankan taubat

Tuesday, July 2, 2013

beza

tiada wujud kata kalah
makin mahu makin basah
beban memang memberatkan
terus pikul jangan lepaskan
tiada nama tiada harta
bakat mencurah ditutup mata
adil cuma hidup
beza bergantung sanggup
jangan selalu mengasah parang
menetak tidak menyesak ruang
biar mendaki ke langit
asal tidak menawaf bukit
kurnia Tuhan tak pernah disia
yang menolak hanya manusia
sempurna sungguh bukan untuk mu
hingga kau kaku menunggu

kotak


kotak segiempat itu ada kehidupan
takkan bertukar sifat walau diapa-apakan
berbunyi andai disentuh
mengerti walau sentiasa kukuh
makanannya rasa
mandiannya keringat, darah, air mata
kekuatannya keikhlasan
penamat nadinya keluh penyerahan


kotak itu terlalu asas
putih bak hembusan nafas
yang mewarnakannya perjalanan hari
iklim bukan uji
lagu hayat tiada yang sempurna
nikmat hakiki ada tuannya
taksub meletup genggam
 tinggal sisa tak terhadam



hak


mungkin benar ia kuasa
menetap mutlak melebar jajah rasa
berat dijunjung walau percuma
awas tersadung dek hasut kata
bertelagah untuk mempertahan
bila kedamaian bukan lagi jalan
korban bukan sekadar pensyaratan
tapi kayu ukur keagungan

dijuang dianugerah dirampas
dipertahan dituntut dilepas
dicabul dicabar diberi
dinafi digadai dikembali
bila pudar pohon redha
makin samar perkenan doa
semua lupa asal kejadian
meragu kebenaran

hilang benar hilang layak
dagang kata di kertas koyak
silap besar menenang kocak
tak diampun mengangkat hak
bertebar mengendong sepanduk hipokrit
telan saja pahit, sakit
bak anjing menyalak bukit
buat hiburan golongan elit

Monday, July 1, 2013

bila dia hilang

mungkin kejam dicabut nyawa
suratan perjalanan di sini cuma
tiada peringatan
hanya ketetapan
hayat
perjanjian diikat
jatuh daun dari pohon
tak dibisik pada calon

redha sememangnya sukar
kejutan adakalanya kasar
dialpa, dilalai, dicuai
sesaat lewat sudah terkulai
berpisah sementara
sebelum bertemu di tengah lautan manusia
akankah dia kenal diri ku lagi
atau hanya berat timbangan yang dipeduli

mati sesungguhnya kesakitan yang agung
walau peneman hidup zikir bersenandung
agar kita ingat
persinggahan kita kan diperkenan syafaat
hakim hanya satu
saksi beribu
mata kita terbatas hijab
mata Dia segalanya terjawab

hakikat
ada yang Samiyat
bingkis yang disyariat
moga bahagia mengubat
jasad mungkin kembali ke bumi
ruh dari kejauhan memerhati
seberapa kita pasrah
bila dia hilang - kita bukan kalah

kita mengenang untuk ke depan
murung mundur bukan pilihan
masa berjalan
kan terhenti bila Dia menghendakkan
yang penting kita jangan lupa
wujud kita di dunia
lumrah hidup - bintang pun mati
 kita pun jua nanti


bukan salahmu


bisakah bibir itu ringan
untuk mengukir semanis senyuman
terdayakah akal dan hati beriringan
memacul bait-bait ketulusan
memaafkan aku
merelakan musim berlalu

bukan salahmu
bukan jua tiada restu
usah meluru mencari punca
biarkan semuanya pergi
dia sedang menanti
usah tunggu tibanya gerhana

tiada lagi kita
musnah kisah cinta
bukan penamat dunia
semuanya sementara
apa yang kita bina
kelak kan dimamah usia
setiapnya bermula
akan ada penamatnya

bisakah beribu saksi bersumpah
menafi aku yang bersalah
membiarkan cinta tak berarah
mengibar lemah panji beralah
jangan lagi berpaling
kita tak lagi seiring

jangan menghalang mencari salah
jangan berdendang kisah yang musnah
bukan takdir kita memiliki
belum masanya mencipta abadi
usah mengharap yang takkan kembali

sial perempuan

kadang-kadang aku hairan
apa yang menjadi kebencian
selama di situ aku melayan
keanak-anakan dan pertuanan
nama saja perempuan
tapi lagak umpama haiwan
kecantikan takkan bertahan
andai ibadat dunia tiada keikhlasan

kadang-kadang aku hairan
apa yang menjadi kedengkian
selama di situ aku ketahuan
kebaikan dan keburukan
nama saja perempuan
makin lama makin murahan
kehendak lelaki pantas diturutkan
walaupun lelaki itu syaitan

kadang-kadang aku hairan
apa yang menjadi ikutan
selama di situ aku saksikan
ratu lebah dan sahaya perintahan
buruk rupa jika diperhatikan
ke mana saja WAJIB berkumpulan
serupakah permandangan nanti saat mereka kematian
eratkan lagi persahabatan saat dikira amalan

kadang-kadang aku hairan
apa yang menjadi saingan
selama di situ aku bertahan
mengawal golak rasa berzaman
kedivaan aku bukan persoalan
anggun dan wibawa ku masih ada sekatan
akan murah jika berlebihan
akan goyah jika berkurangan

kadang-kadang aku hairan
apa yang menjadi kemahuan
selama di situ sabar ku terbeban
tiada lagi keserian
semuanya angkara perempuan
rakus mengejar keduniaan
persahabatan rupanya jambatan
jatuh bangun tahap kemasyhuran



Thursday, June 27, 2013

tulis cerita


dia memang wujud
nyata, bukan jelma syirik
bila dirungkai maksud
tak jumpa walau secarik
jadi aku tulis cerita
supaya dia bernafas
memberi hidup, harap dan kecewa
melawan duga dalam tangkas


on the 27th day



on the 27th day
of the 7th month
a man celebrates
the day he came to be 

30 years have passed
9 years of being the youngest
21 years without a dad
13 years after he'd left high school
11 years of doing nothing useful
17 years of being queer
but not even a single year of success
and it has been all but a mess

friends come and go
to strengthen his drive to live a life
his family stands by him like a rock
to see how fast he would tumble and fall

after 2 brothers
3 sisters
3 nephews
and 8 nieces
nothing has changed
not even after 3 in-laws

hairline has receded
pimples that seem to stay forever
drastic weight gain
the same old 5 foot 10 frame
oh yes, the yellow set of pearlies

he hates responsibility
but he loves attention
he hates tidying up
but he loves perfection
he hates people sometimes
but he never forgets them
he's the epitome of prejudice
but he still has some heart
although he seems to fall apart

on the 27th day
of the 7th month
this man celebrates
the day he came to be

bahana pendam


dari luar jendela
nampak dia tersenyum
kejap - tapi mendalam

kaki melangkah tapi tak bisa
berat rasa terangkum
bukan kerna dia Adam

pintu ditolak - ambil masa
bunyi berdentum
getus hati geram

mata perhati - lama
rasa meranum
teriak jiwa ditanam

duduk di meja
surut gesa hati kagum
kurung dia dalam ilham

dia masuk - bertentang mata
assalamualaikum
tiada dibalas salam


Wednesday, June 26, 2013

immortalized


 bukan dewa, bukan Tuhan, bukan wira
manusia biasa yang hampir sempurna
dipuja, diigau, dibela seadilnya
tapi dia bukan milik kita

Tuesday, June 25, 2013

untitled

semuanya bermula dengan kad Raya
flirting sikit di sini-sana
jujur mengaku aku cinta
tapi maklum rasanya kan seketika
turun ke kenduri Aizat & Syaza
dia diam, aku pun "OK, tak nak jumpa!"
saat pulang ke Kuching, pagi buta
dia kata dia memang ingin bersua

Mac sewaktu kenduri Boy & Sarah
 tarikh diikat, masa digubah
4 mata akhirnya bertemu, pandang bersimbah
seksi, kelakar, matang, menggoda, ghairah
rasa memang nak terkam, sumpah
namun dia bak adik, walau tak sedarah
tapi aku takkan lupa satu - penegah
he's no longer single - punah
 

Jun sewaktu KLAB di Pasar Seni
janji dibuat lagi
dia makin berani
aku hanya mampu bermain di gigi
sumpah - he's a dreamboat, baby!
janji dibuat lagi
bersua besok pagi
 this is no longer funny

aku tak pernah kesal kenal
aku cuma sesal masa muda meninggal
aku tak sepintar dia
kacak, berketerampil, penuh rasa - semua
walaupun dia milik mereka yang dia cinta
dia takkan jadi milik aku walau dipaksa
so, I'm stayin' low, bein' the untitled...muthafucka
slowly consumed by inferiority - whateva!

buai


 dia kata faham sakit
tak nampak simpati terbit
umpan pancing apa ada
takkan dapat yang dicita
niat dan nafsu saling keliru
takkan jelas dari bawah pintu
yang terpendam dah tertunai
rampas hak ketika lalai

jadi lain


mereka kata aku bodoh
mereka mahu jadi contoh
namun mereka lupa satu
aku mahu yang aku mahu
bentak tentang bertubi-tubi
takkan mengubah ketetapan hati
nikah kahwin itu Sunnah
tapi ada aku kisah?

mereka kata aku bodoh
kerana nafsu mereka gopoh
memang manis bulan madu
tapi mengapa dinafi buku
bukan sekadar menyatu hati
lafaz nikah itu janji
baru sekali bertelagah
cepat benar menuntut fasakh?

mereka kata aku bodoh
siapa alim berpaksikan bomoh
salah orang tuduh melulu
salah sendiri pandai membisu
pandang kosong persefahaman lari
biar ego menabalkan diri
mana dongeng ditinta indah
mimpi ngeri jua bercambah

mereka kata aku bodoh
konon mereka hanya berseloroh
susah benarkah terima fitrahku
perempuan bukan peledak nafsu
membina hidup tiada yang pasti
sentiasa berserah pada Illahi
jodoh jangan ambil mudah
hidup mati jagalah maruah

refleks

tamat jalan di gaung
berpaling, atau gelincir mengusung
apa ada di bawah sana
hayat, atau penamatnya?
terjun - waras
diserang - nescaya dilawan balas
konflik menyempat
mungkin membawa selamat

bila peluang tiba
hidup ditayang periksa rasa
sedar? hanyut?
belum disebut
yang tinggal hanya kuat
itupun kalau cukup ubat
terjun - bebas, puas, keabadian
  lawan - hidup, mati, pilihan


hos Gala TV


saat melihat mu di layar kaca
mungkin ada buah persahabatan
bila disapa di alam maya
kau melayan tanpa keraguan

bulan berlalu menjadi tahun
kau langsung berhenti menyapa
aku sedaya tak mahu terjun
ke kolam wasangka dan putus asa

pernah sekali kau bersuara 
memberi berita kau tak punya masa
aku berpegang pada kata
biar tiada langsung asal kau bahagia

bila ku lontar pendapat am
kau menyerang tanpa periksa
kalau ku ingin buat kau tergamam
ku tentu takkan melengah masa

memang aku wajib faham
hanya kerana kau yang berjaya
tapi jangan lupa aku pendendam
ragu mu 'kan dibalas bencana

taxi driver

pemandu teksi yang budiman
kenderaan bersih bak tiada kuman
hajat di hati mahu berjalan
kelibat dirimu menarik pandangan


bila tiba tengah malam
bila bandar menjadi diam
dirimu bergerak tak kira jam
sembilan dua belas tiga enam

pemandu teksi yang budiman
terima kasih atas perkhidmatan
layanan sempurna menjadi jaminan
tambang dipinta setimpal perjalanan

mata

jika kau berani lihat ke dalam mata ku
kini kau tahu mengapa mereka bisu
tiada bunga tiada manis tiada lagu
tiada kehidupan bak di bandar hantu
mengapa kau masih berdiri di situ
kau langsung tak mahu mengatur janji temu
jangan buang masa menunggu di pintu
jika kau belum pulangkan kembali hati ku

i'm not a storyteller, so...


When I stopped from blogging actively almost four years ago, I did not expect to return to this familiar soil (yet) again. I resorted to Facebook and Twitter ever since to immortalize my babblings.

I did try to revive this love of mine many, many times, but I got bored and removed the posts...to enable the account to stay dormant for God knows how long.

Anyway, a few days ago, I have made up my mind. I am going to give myself another shot at this gig...and I no longer care about what others (and my critical self) will say.

During its heyday, Babblings Of A Serial Lunatic had poems. Heck, half of the blog's content was poems. They were part of what made the blog uniquely mine. Therefore, staying true to what I do and know best (though it will not necessarily make this blog special); there will be poems and only poems in this blog.

Here is to A COMEBACK (within a comeback).